Kenapa Lembu tu rela di.....

Bismillahirahmanirahim,
Assalammaualaikum wbt..

Firman allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Maksudnya ;
“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)

Hari Raya AidilAdha 1434h disambut dengan meriah.Tahun ini sebanyak 2 ekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya diagih-agihkan kepada penduduk kampung. Alhamdulillah..



2 ekor lembu.. merelakan untuk korban









 Alhamdulillah, selesai sudah ibadah korban pada tahun 2013. Harapan agar ibadah korban dihayati, bukan sekadar menjadi ikutan. Sememangnya dengan sebenar keyakinan terhadap Perintah Allah SWT maksud sebenar korban. Hayati kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.

Lagi tentang ibadah korban http://www.jim.org.my/v1/index.php/artikel/artikel-pilihan/439-ibadah-qurban-menurut-pandangan-islam








Kampung pun kena 5S ke??

5S tu apa? agak-agak kalau boleh makan sedap tak? hmm apa yang pasti 5S ni bukan untuk dimakan tetapi untuk diamalkan.

Sebenarnya 5S ni merupakan program yang sistematik untuk mempertingkatkan tahap kebersihan, kekemasan dan keselamatan ke arah persekitaran berkualiti.

Nak tau lebih lanjut, silalah dengan senang hati merujuk di sini http://219.95.62.14/fives/apa-itu-5s/..

JADI.....
Dipendekkan cerita, kampung pun kena buat 5S ni..hehee

Melalui Seketeriat Kampung Hulu Rening 2013, satu acara gotong royong telah dijayakan dengan jayanya oleh penduduk kampung Hulu Rening pada Sabtu, 12 Oktober 2013.

Aktiviti disempurnakan dengan kerjasama daripada Majlis Daerah Hulu Selangor, Tenaga Nasional Berhad dan penglibatan dari penduduk kampung. ^___^v

Antara "aksi" yang sempat dirakamkan oleh admin..Senyum untuk bergotong-royong!!



penuh kosentrasi tu.. hihi
Kerjasama dengan Majlis Daerah Hulu Selangor

Kerjasama dengan TNB
Hanya yang terlatih je dibenarkan beraksi begitu... (atas pokok)





Hmm panjang betol rumput.. hutan lalang sudah

Fuh... tenggelam..



take 5 dulu...



adik-adik memeriahkan sesuasana, walaupun sekadar berlari-lari kesana kemari. hihi


Keseluruhan aktiviti gotong-royong berjaya mem-5S kan zon 1, lepas ni akan kena buat 5S untuk kawasan yang lain. Sememangnya aktiviti seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim, semua gumbira, dan susah senang dihadapi bersama gitu..

Jadi apelagi? Jangan segan untuk bergotong-royong, tenaga kita amat diperlukan. Hiduplah pada hari ini dengan kehidupan yang bermasyarakat... ^__^.